Sunday, May 9, 2010

Ibu


Berketurunan Pelembang, amat fasih bertutur Jawa. Berkelulusan tak tinggi mana, tapi mempunyai impian yang tinggi supaya anak-anaknya belajar lagi tinggi dari dia. Sangat petah bercakap, bakat semulajadi seorang guru. Andai pihak sekolah ada membuat kempen kutipan derma ke badan-badan korporat, dialah orang pilihan untuk menjadi wakil sekolah. "Bagi dia buat kutip derma, nanti mesti dapat banyak", usik kawan-kawan sejawatan.

Dia multitasking woman. Petang ajar budak kadet bomba kawad, petang mula memasak untuk makan malam dan teman ayah di rumah layan berita, tengah malam tanda kertas peperiksaan, malam isnin ke kelas aerobik, asal cuti sekolah da habis selalu hantar anak-anaknya balik ke asrama kalau ayah tak sempat. "Ibu suka bawa kereta la", katanya.

Dia tukang urut saya yang mahir. "Ibu period pain la nak urut", "Ibu perut masuk angin sebab lambat makan, urutkan", "Urutkan bu, kena gastrik sebab tadi tak makan nasi". senyumkenyit


Nama diberi Istikomah Siwar. Dia, ibu saya! Terima kasih ibu untuk semua jasa ibu yang tak tersenarai banyaknya. cium Selamat Hari Ibu..


p/s: Tadi sempat ckp dengan ibu sekejap je sebab ibu tengah latihan kawad. Sedih.. Tapi tak pe, July ni Kak Yun balik dapat jumpe Ibu dan Ayah. Yay!! sengihnampakgigi


1 comment:

farhana said...

uuuu...nice post...ibu is the best!