Saturday, February 8, 2014

Review: Wedding photoshoot I

Bismillah.

Sempena dengan anniversary pertama kami yang bakal menjelma Isnin ni, aku nak review hasil kerja photographer yang ambil post-wedding photoshoot kami. Nak mengimbau balik ni macam syahdu pulak. Ececeh.

Photographer nama diberi, Zulhilmi Asyraf Zamri. Bole usha FB dia, Zulhilmi Photoworks. Masa kami approach Zul untuk post-wedding photoshoot kami, Dia baru habis belajar kat US. Beli almost semua gadget-gadget photog dari US. Masa belajar kat US lagi Zul ni memang dah terlibat dengan photography untuk kelab. Kiranya, Zul ni memang dah ada basic dalam dunia photog. Cumanya selama dia kat US, dia banyak work on event kalau tak silap.

Untuk wedding photoshoot, kami adalah couple yang pertama that he worked with (!). Very humble person. Very easy going dengan client. Masa photoshoot tu, dia ada bagi idea utk pose, aku pun ada bagi idea nak gambar tu nanti jadi macam mana. Tak guna banyak props sangat sebab ye lah first time weding photoshoot, first couple plak tu. Memang no idea langsung. Ingat lagi masa kami mintak quote harga Zul jawab,

“Tak payah la bayar, korang just belanja aku makan je dah la”

Dia pun tak berani letak harga. Mungkin sebab masa tu, kami adalah bahan ujikaji yang pertama untuk dia test-test power dalam wedding photoshoot. Dan mungkin jugak masa tu dia still level amatur dalam wedding photoshoot. Belum pro lagi so tak yah la nak demand bayaran tinggi-tinggi. Mungkin la ye, mungkin. Sekarang aku pun tak tahu berapa dia charge harga.

Photo cover blog ni pun adalah salah satu hasil kerja dia. Ok sekarang jom layan hasil kerja wedding photoshoot Zul yang pertama. Lokasi bendang Kuala Selangor. Prop yang diguna hanya hand bouquet masa nikah. Photoshoot pertama pakai baju masa nikah. Aku make up sendirian berhad. Abang pulak takde make up, lagi natural. Haha.



 Getting ready. Tolong Abang pakai sampin.


Konon-konon salam lebaran.







Masa ni apa yang lawak ntah sampai gelak camtu.

Alhamdulillah dah selamat. Di perkarangan masjid Kuala Selangor.

Fish eye mode.


Suka bila bekerja dengan Zul ni. He let everything went naturally. Kami borak borak borak je masa photoshoot tu. He did all the snapping. Biar candid. Dan bila kena pose, both parties bagi ideas which pose is the best. Which is good sebab dapat input yang pelbagai. Client pun puas hati. Zul jugak pandai main dengan natural light. So nanti takde la nak kena edit banyak sangat sebab gambar memang dah cantik. And Zul let the client decide to release the picture to public or not. You know, privacy issue takes place. Tapi dia akan edit few pictures yang stand up, dah publish kat FB page dia untuk buat portfolio. Tu pun Zul akan mintak approval client dulu. :)

Owh speaking of portfolio, Zul ada buat his own portfolio book jugak. And our picture has also been previewed in this book. 





Lepas je photoshoot dengan kami publish, ada beberapa kawan yang dah book dia siap-siap untuk wedding mereka pulak. Antara yang pernah jadi client dia Izzati Zulkafli. Dan yang terbaru Rina Eryssha. Boleh usha FB page dia untuk hasil kerja terbaru. 

Masa first outdoor photoshoot ni aku masih lagi malu-malu. Ye la, kawan sendiri yang ambil gambar kita kan. Nak posing kekok sangat. Second photoshoot dah biasa sikit. Yang tu next time punya update ye. Anak dara dah bangun. Salam.

2 comments:

pirah said...

aku suka gila hasil kerja beliau...

mazniomar said...

cun gler gmbr2 korg! jealous i.